Kelab Bolasepak SMK Putatan

KEPUTUSAN LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN 2011

June 19, 2011 Leave a comment

Kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan telah melabuhkan tirainya. Musim kedua telah tamat dan tibalah masanya kita mengisytiharkan juara bagi musim 2011.

Berikut diumumkan bahawa JUARA LIGA Piala Pusingan Puan pengetua Hjh Azah Hj Ismail, bagi musim kedua (2011) ialah:

GALAXY FC!!!!

Tahniah kepada pasukan Galaxy di atas kejayaan tersebut.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Naib Juara Liga bagi musim 2011 ini pula jatuh kepada:

DORMKIDS FC!!!

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Dormkids. Ini merupakan tahun kedua
Dormkids menyandang Naib Juara Liga.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tempat Ketiga Liga bagi musim 2011 ini pula jatuh kepada:

WARRIORS FC!!!

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Warriors. Pastinya semangat juang anda di dalam padang, bersemangat kenal dan pantang menyerah kalah, amat dikagumi. Tahniah sekali lagi.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Keputusan keseluruhan kejohanan bolehlah dirujuk di sini.

Selesailah sudah Liga Bola Sepak SMK Putatan musim kedua, dan tahniah diucapkan kepada semua pemain liga, atau juga dikenali sebagai ‘budak bola’.

Jangan putus asa, musim kedua bakal menjelang tahun 2012. Mungkinkah persaingan sengit akan lebih terserlah? Kita sama-sama tunggu.

Album Gambar sini

Majlis Penutupan Kejohanan Padang dan Balapan ke-43

January 29, 2011 Leave a comment

Diluar dari kegiatan kelab kami, tetapi cikgu nak kongsi video yang telah dimuatnaik ke akaun youtube sekolah.

Video hasil rakaman amatur Cg Rithuwan, 28 Januari 2011

========

Categories: Sukan lain

Malaysia julang Piala AFF Suzuki 2010 – BH

December 29, 2010 Leave a comment

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA KERANA BERJAYA MEMENANGI PIALA SUZUKI AFF 2010

Berikut cikgu petik dari Berita Harian Online (tarikh 29/12/2010)

JAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun tewas 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Tahniah juga kepada Safee Sali (Selangor FA) kerana berjaya memperoleh gelaran “Penjaring Terbanyak Kejohanan”

Semoga kejayaan pasukan kebangsaan kita menjadi inspirasi kepada anak-anak didik kami dalam lapangan bola sepak. Semoga kita juga bersemangat untuk meneruskan usaha kita meningkatkan mutu bola sepak SMK Putatan dan meneruskan kejohanan liga bola sepak kita.

KEPUTUSAN RASMI LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN MUSIM 2010

September 26, 2010 Leave a comment

Kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan telah melabuhkan tirainya. Musim pertama telah tamat dan tibalah masanya kita mengisytiharkan juara bagi musim 2010.

Berikut diumumkan bahawa JUARA LIGA Piala Pusingan Puan pengetua Hjh Azah Hj Ismail, ialah:

WONDERBOYS FC!!!!

Tahniah kepada pasukan WB di atas kejayaan tersebut.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Naib Juara Liga bagi musim 2010 ini pula jatuh kepada:

DORMKIDS FC!!!

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain DK.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Jadual kedudukan Liga sepenuhnya selepas kesemua 30 perlawanan.

No Pasukan P M S K J B BJ Mt Mt(b)
1 WONDER BOYS 10 8 1 1 29 3 26 25 25
2 DORMKIDS 10 6 3 1 19 2 17 21 20
3 WOLVES 10 5 2 3 18 15 3 17 16
4 DAREDEVIL 10 3 3 4 17 20 -3 12 12
5 GALAXY 10 2 1 7 10 22 -12 7 6
6 ACHIEVERS 10 0 1 9 1 36 -35 1 0

Selesailah sudah Liga Bola Sepak SMK Putatan musim pertama, dan tahniah diucapkan kepada semua pemain liga, atau juga dikenali sebagai ‘budak bola’.

Jangan putus asa, musim kedua bakal menjelang tahun 2011. Mungkinkah persaingan sengit akan lebih terserlah? Kita sama-sama tunggu.

Categories: Makluman Am

HADIAH PERTANDINGAN

Hadiah Individu

Pemain Terbaik

- Penjaga gol Terbaik

-           Penjaring Terbanyak

-           Pemain Tengah Terbaik

-           Pemain Pertahanan Terbaik

DALAM USAHA ANDA MEREBUT HADIAH2 BERKENAAN – SEMANGAT KESUKANAN, DISIPLIN, TOLERANSI DAN SETIAKAWAN JANGAN DIABAIKAN. ANDA TETAP SEORANG ANAK MURID… AKUR PATUH DAN HORMATI GURU2 ANDA.

Categories: Uncategorized

PENCARIAN PEMAIN BOLA SEPAK WAKIL SEKOLAH 2011

April 24, 2010 3 comments

Pengurus dan Jurulatih pasukan bola sepak SMK Putatan sedang memantau dengan teliti perkembangan kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan musim 2010.

Pasukan bola sepak sekolah bagi tahun 2011 MUNGKIN AKAN DIBENTUK lebih awal bagi menghadapi kejohanan peringkat daerah Penampang tahun hadapan. Adalah dijangkakan usaha tersebut akan dilaksanakan seawal bulan September atau Oktober dan selewat-lewatnya Januari 2011 (tertakluk kepada kalendar sukan sebenar PPD Penampang). Pihak pengurusan pasukan sekolah sedang memfokuskan kepada pemain baru dari tingkatan empat dan tingkatan tiga menggantikan pemain-pemain T5/pra-u yang akan tamat persekolahan selepas SPM dan STPM 2010. Usaha pencarian bakat baru menjadi lebih baik dan lebih luas serta boleh dipercepatkan lagi kerana kini ada lebih dari 120 orang pemain bola sepak yang sedang beraksi dalam Liga Piala Pengetua.

Antara ciri-ciri pemain bola sepak sekolah yang dicari, sebagai panduan kepada pemain bola sepak liga sekolah, ialah:

  • semangat berpasukan yang tinggi
  • boleh berkongsi tanggungjawab kejayaan dan kegagalan pasukan
  • kemahiran individu yang mencukupi
  • keupayaan bertindak dengan pantas
  • kawalan bola yang baik
  • tenang di dalam dan luar padang
  • tahu kekuatan posisi masing-masing
  • menunjukkan disiplin diri dalam dan luar padang yang tinggi
  • fizikal tubuh badan yang sihat dan ketinggian tertentu (bukan keutamaan tetapi boleh menjadi kelebihan)

Panggilan LATIHAN PUSAT telah dirancang untuk diadakan pada bulan September-Oktober 2010. Namun demikian, pihak pengurusan pasukan sekolah juga mungkin akan mengadakan beberapa siri saringan dan perlawanan persahabatan pasukan SMK Putatan XI untuk meneliti keserasian pemain.

Fokus pasukan bola sepak SMK Putatan 2011 ialah untuk mengekalkan daya saing pasukan sekolah di samping berusaha meraih kejayaan dalam kejohanan bola sepak MSSD Penampang 2011.

Perkara ini telahpun dizahirkan oleh Cg Yahya Abbas dalam satu sesi mesyuarat ringkas, dan disokong oleh semua pengurus pasukan bertanding, termasuklah Cg Rithuwan Nasir, bagi pihak penganjur kejohanan liga.

PENCARIAN SUDAH PUN BERMULA. SERLAHKAN BAKAT ANDA. INGAT! BOLA SEPAK BUKAN SEKADAR SUKAN BIASA…

“BOLA SEPAK MEMBINA WATAK”.

Categories: Makluman Am

LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN PIALA PENGETUA

April 1, 2010 Leave a comment

1 sukan 1 murid untuk 1 bola sepakPihak kami akan menganjurkan buat pertama kalinya kejohanan bola sepak bertaraf Liga.

Sebelum ini, setiap tahun kelab kami menganjurkan kejohanan bola sepak tetapi mengikut format kalah mati.

Kejohanan mengikut format liga ini adalah pelan jangka panjang kelab. Dengan penajaan PIALA PUSINGAN oleh PUAN PENGETUA sendiri, maka kami bersedia untuk menganjurkan kejohanan liga ini setiap tahun dan melalui peruntukan yang boleh dipohon melalui unit ko-kurikulum, kami percaya kejohanan ini boleh dijayakan dengan cemerlang.

Mengikut perancangan asal, sepak mula sepatutnya pada 6 April 2010. Namun begitu atas beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, maka ia ditunda ke tarikh baru, 20 April 2010, Selasa.

Diharapkan semua ahli kelab menyokong penuh kejohana kita ini. Diharapkan juga guru-guru, dan pelajar-pelajar turut menyokong kejohanan bola sepak ini.

Kami percaya pelaksanaan kejohanan ini ama sesuai dengan cabaran dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu 1 sukan 1 murid. Mudah-mudahan Liga ini dapat diteruskan dalam tahun-tahun akan datang tanpa mengganggu prestasi akademik sekolah kita yang semakin cemerlang. AMIN.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.